Pro Ict

8 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada sebelah petang 7-Julai-2018 di antara pukul 2 hingga 4 petang, kelas Pro ICT telah dijalankan buat pertama kalinya sebagai salah satu usaha untuk mendidik masyarakat demi mencapai objektif Pusat Internet untuk menghasilkan masyarakat yang celik IT. Oleh yang demikian, komuniti yang mendaftar sebagai ahli baharu digalakkan untuk mengikuti program Pro ICT supaya dari masa ke masa mereka akan mendalami ICT dengan baik. Untuk fasa pertama ini, peserta akan didedahkan dengan komputer, komponen komputer serta fungsinya.

Bagi peserta yang tidak ada pengetahuan lansung akan komputer, mereka akan dilatih untuk mengenal serta menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Manakala bagi peserta yang sudah tahu, mereka akan dilatih untuk mengenal huruf, angka dan simbol di papan kekunci dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Pada kali ini, projek Pro ICT telah melatih seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berumur sekitar 7 hingga 12 tahun. Penggunaan aplikasi game Typing.Com juga digunakan untuk membantu para pelajar memahami pengisian kelas dengan baik.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat pengetahuan berkaitan komponen komputer serta fungsinya
• Melatih diri untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik
• Mengenal huruf, angka dan simbol di papan kekunci serta kedudukannya
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
1. Pengenalan Pusat Internet
2. Pengenalan kepada komponen komputer serta fungsinya
3. Latihan menggunakan tetikus dan papan kekunci
4. Latihan menaip menggunakan aplikasi yang berunsur permainan di laman sesawang typing.com

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali